Selasa, 18 Disember 2012

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan Negara serta memenuhi matlamat Perpaduan Negara.
  2. Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi , komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan proaktif.
  3. Memastikan Pengajaran dan Pembelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
  4. Menentukan setiap Guru dan Kakitangan Sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
  5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada Pelajar, Ibu Bapa, Masyarakat dan Kerajaan.
  6. Memberi layanan mesra perkhidmatan yang cekap dan jawab segera setiap panggilan pelanggan  yang berurusan dengan kami.
  7. Menentukan segala urusan surat-menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan tepat kepada yang berkenaan.
  8. Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan  pelajar yang seimbang dan harmoni selaras dengan hasrat falsafah Pendidikan Negara. 

0 ulasan:

Catat Ulasan