Selasa, 18 Disember 2012

Sejarah Sekolah

Dulu dan Kini

 

SEJARAH SK FELDA PENGELI TIMUR


Sekolah Kebangsaan Felda Pengeli Timur bermula dari sebuah bangunan kayu dan beberapa buah rumah peneroka yang dijadikan sebagai bilik darjah dan pejabat bagi proses pengajaran dan pembelajaran.Ketika itu jumlah murid seramai 350 orang.Ia mula digunakan pada awal tahun 1977.keadaan  fizikal  sekolah  pada  masa  itu  amatlah  serba  kekurangan , sehingalah  pada  tahun  1978  apabila  pertambahan  murid  begitu  mendadak, murid –murid  dan guru –guru  berindah  ke   Sekolah  Kebangsaan   Felda  Sungai  Sibol  buat  sementara  waktu  di bawah  pengawasan  guru  besar yang  pertama Tuan Haji Rahmat  B  Kayon.

 



 

Mulai tahun 1980, sekali lagi murid-murid dan guru-guru berpindah semula ke Sekolah Kebangsaan Felda Pengeli Timur. Jumlah muird ketiaka iut seramai 650 orang dengan tenga pengajar seramai 35 orang. Murid-murid ditempatkan di dua blok bangunan dua tingkat yang lengkap dengan berbagai kemudahan.

Pada bulan September 1996, sebuah bangunan baru dua tingkat siap dibina dan mula digunakan pada awal tahun 1997. Ia mengandungi 7 buah bilik darjah dan sebuah Bengkel Kemahiran Hidup.

Makmal Komputer siap dibina pada akhir tahun 2001 dan mula beroperasi pada awal tahun 2004. Makmal ini dilengkapai dengan sistem penggera bagi tujuan keselamatan. Terdapat 13 buah komputer, sebuah pelayan (server), projektor LCD serta dilengkapi dengan Schoolnet.

Kini pada tahun 2010, Sk Felda Pengeli Timur telah mempunyai 3 bangunan utama juga mempunyai pendidikan khas dan pra sekolah.

 

0 ulasan:

Catat Ulasan